Friday, December 21, 2012

~~ Nilai Sebuah Kesabaran Dalam Hubungan Cinta ~~


Assalamualaikum w.b.t

                         
                          kali ni mai nk 
                           share pasal 
                      nilai sebuah kesabaran 
                       dalam  hubungan CINTA...






Kadang kita bertanya pada diri sendiri, mengapa diuji dengan pelbagal dugaan dan permasalahan yang kadang kita rasakan kita tidak mampu untuk mengatasi..





Dan kerana kita masih lagi tertanya tanya, pasti ada bisikan bisikan yang menyuruh kita melakukan perbuatan dan perlakuan yang amat ditegah oleh agama..

Seharusnya kita mengambil sikap bersabar dan tabah semasa diturunkan ujian ujian dari Allah SWT dan mencari jalan penyelesaian dengan bijak..

Semoga kita tabah dan sabar dalam menempuh ujian dan dugaan.. Walau seteruk mana kita diuji, ingatlah kita kena yakin padaNya.. Bersabarlah..


Dan tidak terlepas jua pada sebuah perkahwinan yang dibina.. Bermacam macam masalah dihadapi oleh suami isteri.. Namun, jika hanya saling menyalahi antara satu sama lain sampai bila bila takkan selesai..
Sesungguhnya Allah SWT bersama dengan orang bersabar dan tabah.. Mengadulah padaNya.. Yakin dan percaya, setiap yang berlaku punyai hikmah atas setiap kejadian.. 
Bertapa manisnya satu perhubungan itu bila masing masing mengerti dan memahami akan tanggungjawap yang diamanahkan.. Bertapa indahnya cinta, bila jalan berliku yang dilalui sama sama memimpin tangan mengharungi tanpa ada sesalan.. 

Kadang kita tidak mengerti mengapa diuji hingga bertalu talu hingga kadang tidak mampu untuk teruskan perjalanan.. Kita sedari dan tahu ertinya sakit yang mencengkam dada.. Terasa sepi dan pilu menghiasi dunia..


Dan hingga satu masa, kita merasakan kosong, keseorangan tanpa ada rasa akan dalam jiwa.. Seolah dunia itu bertindak kejam dan tidak adil pada kita.. Hendak ditangisi air mata, langsung tiada lagi..


Dan bersabarlah.. Kerana Allah bersama sama dengan orang yang sabar.. Sabar itu bukan kerana kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu.. Tapi kita redha akan ujian dan dugaan terhadap kita.. 
Kadang kebenaran yang terserlah itu mencederakan hati kita.. Dan kita luka dan terus luka.. Dan kita sendiri tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan seakan tiada lagi jalan penyelesaian.. Kita takut dan amat takut akan kenyataan yang sebenarnya hingga kadang kita hanya mampu lagi tersenyum walau pada hakikatnya kita mahu menangis sekuat kuatnya
Kenapa berjanji tapi memungkiri? Dan kenapa pula bila berbicara penuh dengan dusta.. Masih tersalah langkah atau hati penuh dengan hasad? Dan bila diberi amanah, mengapa pula memusnahkan tanggungjawap? Bukankah sifat itu sifat terkeji, sifat orang munafik?

Mereka mereka tidak mengerti apa yang dirasakan kita kini.. Mereka memandang dan hanya petah berbicara.. Mata yang melihat tidak menyelami apa yang dirasakan oleh hati dan jiwa kita.. Kita sendiri mampu lagi memberi senyuman.. Dan senyuman itu terus menutup kesakitan yang dialami.. 

Dan kita terdetik di naluri, andai mereka berada di tempat kita, adakah masih mampu mereka menerimanya dengan ketabahan?

Moga diberikan kekuatan pada kita, untuk menghadapi dugaan dan fitnah dunia.. Sesungguhnya Allah bersama sama dengan orang yang sabar~ 

Menyintai seseorang yang tidak menyintai kita amatlah terasa sakit.. Dan lebih menyedihkan bila dirinya kita miliki namun hatinya tidak dapat kita sentuhi..



Nota:
Kesabaran itu penting dalam sesebuah perhubungan.. Bertolak ansur dan memberi sedikit ruang untuk mengalah kadang bukan bererti satu kesalahan dan kekalahan.. Kerana apa yang penting bukan kemenangan tapi kepentingan sesebuah hubungan itu agar lebih terjalin..

Sungguh amat aku sayangkan kamu..     


Selamat membaca ^_^ 


ikhlas dari 
~mai_mio~                          

No comments: