Wednesday, March 28, 2012

:: Jom beringat : ADAB BERIBADAT ::

KITA  adalah hamba kepada Allah s.w.t. Dengan itu,telah terpateri janji untuk beribadat hanya kepada Allah s.w.t.,tiada yang lain.Sesungguhnya juga, telah digariskan adab beribadat yang patut kita amalkan...

1Mengikhlaskan niat hanya kepada Allah s.w.t. Elakkan daripada berniat kerana hendakkan pujian orang ramai.
2Bertaubat kepada Allah s.w.t. Elakkan daripada perasaan takut kepada makhluk lain sepertin hantu dan jin.
3Bersabar atas ujian Allah s.w.t. Elakkan daripada menyalahkan takdir dan berburuk sangka.
4Malu terhadap Allah s.w.t. Elakan daripada berbuat maksiat dan tidak berasa bersalah dalam kejahatan yang dilakukan.
5Bersyukur atas nikamat yang dikurniakan Allah s.w.t. Elak daripada berbangga diri atas sesuatu kejayaan.
6Bertawakal kepada Allah s.w.t. Elakan daripada ikhtiar dan berusaha bersungguh tanpa berdoa.
7Mengingati Allah s.w.t. dalam segala urusan.Elakkan daripada terlupa untuk mengucapksn syukur kepada Allah s.w.t.






dari Gen_Q







:: stay up xtentu pasal ^_^ ::

assalamualaikum wbt...

pada pukul 3.27 pagi bersamaan tarikh 28/3/2012 mai,biela dan fatin stay up..saje je stay mai n fatin pagi ni..biela lak sibuk study parental untuk exam nnt ^_^ pagi ni mai masuk blik orang sebab xde keje..tadi seronok sanad tengok movie ngan dyorg pastu hbis tgk citer TANGISAN LANGSUIR....berGOSIP lak...girls memg xlari dari gosip2 ni...dah seronok2 gosip kacau blik pika..hahah..terbaik r td..ketuk tingkap sebab nk takot kan dyorg..sebab dy ingt AUNTIE  yg ketuk tingkap..mai lak sibuk nk pretend jadi antu...pika n fira lari kedepan terus..kelakar tul minah2 ni...n then kitorg lepak kat depan beranda a.k.a tempat SIDAI BAJU  je!!hahah O_o tapi bagus jugak sebenar wat cam ni sesekali..kukuhkan lagi hubungan kami ^_^ sebenarye mai dh kehabisan idea nk menaip..sebab nantok..tp xmo tito..sebab tu AZIZI..hohoh..next time mai post lg k..
tata

~mai_mio~

Tuesday, March 27, 2012

:: jadual final exam ::




Course CodeCourse NameSectionCr. HrsStatusExam DateExam TimeExam Venue
CEC2235BAHASA MELAYU PRA-SEKOLAH33.0R2012-03-30FRI 1100Hrs-1300HrsE-211
CEC3231INTRODUCTION TO SPECIAL NEEDS IN EDUCATION23.0R2012-03-22THUR 1500Hrs-1700HrsGH-005
CEC3234YOUNG MUSLIM PRACTICAL LIFE EXERCISE13.0R2012-03-23FRI 1500Hrs-1700HrsW-211
SOS2231ETHICS IN DAILY LIFE23.0R2012-03-23FRI 0830Hrs-1030HrsGH-002
USR2003VIRTUES VERSUS VICES90.0R
USR2004THE JUNIOR APPRENTICE150.0R
12.0
Print


assalamualaikum wbt...

kali ni mai post pasal jadual exam..4subjek je mai amik tuk semester 5..tapi agak susah nak belajar..satu apa pun xpham time lecturer ajar kat depan ^_^sekarang study sndiri je r nampak ye...

tito ZZZzzzzzzzzzzzzz

tomelye baby ni tidur

:: sayangilah kucing ^_^ ::

 Kucing. Sejenis binatang karnivor yang jinak yang dikategorikan sebagai haiwan peliharaan rumah yang terkenal di dunia. Haiwan ini sering disalahfahamkan oleh manusia dengan menuduh mereka pengotor dan lain-lain tanggapan negatif. Walhal, kucing merupakan haiwan terbersih di dunia berdasarkan beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh pakar-pakar haiwan.



Mungkin anda semua pernah dengar rungutan pembela haiwan ini tentang masalah buang air di merata-rata tempat. Ini berlaku kerana sejak kecil haiwan ini tidak diajar membuang air di tempat sepatutnya seperti  bekas pasir untuknya. Kucing ini adalah haiwan istimewa kerana ia sanggup menahan sedaya upaya kerana tiada tempat untuknya membuang air. Selagi ia boleh menahan, ia akan menahan. Jika kucing anda buang air di merata-rata di dalam rumah anda, janganlah anda memarahinya kerana perbuatannya itu adalah gara-gara tindakan anda yang tidak melaksanakan tanggungjawab anda sebagai pemiliknya.

Kucing sering dituduh sebagai penyebab utama penyakit lelah kerana bulunya yang sering luruh dan berterbangan di udara. Sebenarnya penyakit lelah itu berpunca dari bakteria toxoplasma yang hanya hinggap menjangkiti haiwan yang kotor seperti anjing dan babi. Hanya sedikit peratusan bakteria jenis ini menjangkiti kucing. Bakteria ini juga berada pada sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan bersih,tangan yang kotor dan daging yang tidak cukup masak.


Betapa Sucinya Kucing


Betapa suci dan mulianya kucing hinggakan ianya dibela oleh pemimpin agung alam ini, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza yang amat baginda sayangi. Baginda pernah ingin mengambil jubah yang mana Mueeza tidur di atasnya. Baginda sanggup memotong jubahnya kerana tidak mahu menggangu Mueeza terbangun dari tidur. MasyaAllah... Manusia paling mulia menghormati  seekor kucing seperti ahli keluarganya sendiri. Tapi beginikah sikap kita? 


Aku sangatlah sedih apabila setiap kali kawan-kawan aku share video di Facebook perihal manusia menyeksa binatang. Mengalir air mata aku melihat kekejaman manusia yang diberi akal yang sempurna tapi berkelakuan lebih teruk dari binatang.


Dari Abdullah r.a katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda :


“Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat dibumi”.


Mereka tidak mengerti apa-apa


Setiap kali baginda menerima tetamu, baginda akan mengendong Mueeza dan meletakkannya di atas riba. Sebagai balasan kepada baginda, Mueeza akan menundukkan kepala apabila Rasulullah pulang ke rumah sebagai tanda hormat dan baginda akan membalas dengan menggosok lembut badan Mueeza.


Jangan kita anggap air yang telah diminum oleh kucing adalah najis dan haram digunakan apatah lagi untuk diminum. Air yang telah diminum oleh kucing boleh dibuat air wudhu kerana ianya dianggap masih air suci.


Fakta-fakta ilmiah keistimewaan pada KUCING

Fakta pertama: Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Fakta kedua: Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bagian-bagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bagian-bagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:
.     Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
.     Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
.     Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
.     Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
.     Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
Fakta ketiga: Dan hasil penelitian kedoktoran dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.
Bahkan di zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesihatan, selain itu membelai kucing juga boleh mengurangkan stress
Maklum balas Doktor Doktor yang Bergelut dalam Bidang Kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, selanjutnya manusia 1/4 anjing, sedangkan kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki enzim pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, seperti pada kawasan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Sisa makanan kucing hukumnya suci
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?
Ia menjawab, “Ya.
Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”. (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)
Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.
Kesimpulannya, mengapa kita bersikap begitu buruk dan kejam terhadap haiwan kesayangan Rasulullah ini? Tidakkah mereka layak untuk menumpang kasih sayang manusia? Tepuk dada, tanya minda, muhasabah diri. Fikir-fikirkanlah

Monday, March 26, 2012

:: Teknik Cinta Sejati Untuk Mendapatkan Apa Yang Anda Hendak Daripada Pasangan Anda ::



Hi Pencinta sekalian.

Mai di sini dan pada posting kali ini saya akan berkongsi tentang bagaimana untuk menjaga hubungan jarak jauh agar terus berkekalan malah lebih hebat daripada keadaan sekarang.

Sebagaimana yang kita tahu, cinta antara dua insan hendaklah mempunyai penghubung atau ‘connector’ yang menyambung kedua-dua hati mereka.

Jadi persoalannya sekarang, bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh?

Jawapannya adalah kita perlu sentiasa mendail nombor hati pasangan kita dan menghubungi mereka selalu

Berikut adalah tips cinta ringkas untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh.

1) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap.



Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.

Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (Berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya  )

2) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan.



Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong).

Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.

3) Beri kejutan kepada pasangan anda



Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control.

Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya  )

Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.

Okay, harap anda boleh praktikan tips cinta ringkas pada posting kali ini.



Ingat, jika anda hendak mengubah situasi hubungan anda, anda harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan. Nasib hubungan anda terletak pada keputusan anda.

Semoga Berjaya. Jumpa lagi ….

Sang Pencinta Unik,

:: 5 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta! ::


Apabila putus cinta, sebahagian besar tindakan dan pilihan anda dikuasai oleh emosi. Apabila emosi mengawal diri anda maka, anda sukar untuk berfikir secara rasional. Anda akan mudah memberontak daripada tenang. Anda akan menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Anda tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan anda. Apa yang lebih merbahaya adalah, berkemungkinan anda sanggup mati daripada terus hidup!
Sabar! Tenangkan diri anda… Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. Adalah normal jika anda sedang besedih dan kecewa sekarang. Anggap bahawa anda sedang menjalani satu ujian daripada tuhan. Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya mengharunginya.
Saya akan sampaikan kepada anda “5 Pekara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta”. Setiap 5 perkara ini akan membantu anda untuk lebih berasa tenang dan apa yang lebih penting, akan memberi anda harapan untuk terus hidup.
1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!
Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.
2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.
Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.
3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.
4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.
5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.

:: Bagaimana Untuk Lupakan Cinta Pertama – 3 Langkah Simple ::


Teman-teman sekalian, cinta pertama memang cinta yang terindah sekali. Di saat kita masih ingin mengenali apakah erti kehidupan ini, hati kita terbuka untuk jatuh mahupun menerima cinta yang mendatang. Masihkah anda ingat perasaan anda ketika itu?
Namun, hidup ini seperti roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Cinta yang indah akhirnya berakhir dengan kekecewaan. Kepada yang sedang mengalami kekecewaan cinta kali pertama, maka artikel kali ini adalah untuk tatapan anda.
Kisah sedih tidak akan berakhir dengan kesedihan sahaja. Kekecewaan anda boleh diubati dengan masa yang berlalu dan perubahan pemikiran anda serta situasi di sekeliling anda.
Di bawah adalah antara langkah-langkah tindakan yang boleh anda lakukan untuk melupakan bekas kekasih cinta pertama anda.

1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup Anda

Si dia dah keluar daripada hidup anda. Tetapi anda masih di dalam hidup anda sendiri. Lupakan terus dia. Putuskan segala komunikasi dengan si dia, buang jauh segala benda dan perkara yang akan menyebabkan anda mengingati si dia. Sentiasa ingat cinta anda telah berakhir, tetapi hidup anda baru sahaja bermula. Ketahuilah, berakhirnya cinta anda ini bermakna, Tuhan ingin memberi ruang dan peluang yang lebih baik bagi anda.  Go for it!

2. Hargailah Perasaan Anda Dan Luahkan Dengan Seadanya

Selalunya dalam keadaan begini, kita akan cenderung untuk menyembunyikan perasaan kita. Kita berpura-pura menjadi tabah dan kuat, sedangkan hati anda sedang meraung tangisan luka yang dalam. Sebenarnya, tidak salah untuk anda menangis. Laluilah saat ini dengan semula jadi tanpa pura-pura dan takutkan orang di sekeliling anda. Semakin anda menyedari realiti dan menyelami perasaan anda mengenai berakhirnya cinta anda ini, semakin cepatlah anda boleh melupakan cinta lama anda.

3. Ketahuiah Keadaan Akan Menajadi Lebih Baik

Mulakan dengan mendengar lagu-lagu sedih. Nampak seperti nasihat bodoh, tetapi inilah yang saya lakukan ketika saya dikecewakan dulu. Dengan mendengar lagu-lagu sedih, saya akhirnya sedar bahawa bukan saya seorang yang sedih di dunia ni, ramai lagi insan yang lebih malang. Ketika itulah saya boleh melihat masa depan yang cerah bagi saya. Saya bangkit. Anda pun boleh bangkit!
Itulah tiga tips ringkas bagaimana untuk melupakan bekas kekaksih cinta pertama anda. Sebenarnya banyak lagi yang saya boleh bagi, tapi cuma untuk tatapan ringkas anda, ini sudah memadai sebagai permulaan.
Belajar ilmu dan skill baru. Anda banyak masa sekarang berbanding ketika anda asyik berkepit dengan si dia dulu. Luangkan masa untuk memperbaiki diri anda secara dalaman dan luaran. Tingkatkan penampilan anda. Cuba gaya rambut baru, fesyen baru dan minyak wangi baru. Terserah kepada anda. Yang penting, situasi yang lebih baik sedang menanti anda untuk menggapainya.

:: Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda? ::


Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.
Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.
Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan :)

1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.
Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5.  Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.

Saturday, March 24, 2012

When you love someone, its, forever

When you love someone, its, forever


When you love someone you will do anything for them
If the sound of your voice keeps them sane
Then you would talk forever.
If the touch of your skin on theirs kept them happy,
You would hold them as tight as possible forever
If it makes them happy for you to go away,
Then you would move to another country
Because you see,
When you love someone you would do anything for them to be happy
Even if it means you sacrifice your own happiness.

I'm your secret admirer

I've never been the type to say what I feel
So basically I keep everything inside
And with you it was no different
I want to tell you, believe me I've tried

But there's part of me that just can't take that chance
So I doubt that you'll ever know
Which may be fine with you, but it's hurting me
I choose not to show it though

I guess I'm your secret admirer
That name seems to fit just right
I don't know what I like about you
But you're on my mind, day and night

I I.M you...


I talk to you on the phone.
I I.M you everyday.
I am missing you because you went away.
I still keep in touch but that doesn't matter.
I wish you would have stayed a little bit longer.
I wish I could see you just one more time. 

:: kadang2::




Kadang kadang kesakitan sangat tidak tertahan dan amat dalam memaksa berpura pura mempamerkan satu wajah riang dan senyuman yang seolah ikhlas untuk menyembunyikan perasaan yang pedih dan hancur.. Siapalah yang tahu isi hati yang dilanda kekecewaan.. Namun semua itu hanylah sementara dan mainan perasaan.. Dan biarlah masa yang menghukumnya



Pernahkah bila orang yang kita betul-betul suka dan perasaan sayang yang dalam, kita hanya dapat memandang kerana ianya bukan milik kita?



Aku masih begini seperti hari semalam, masih teruja akan indahnya bulan ciptaan Tuhan.. Bulan, temankan ku bermimpi cerita tentang bintang

 


setelah hati ini dilukai...buat aku mcm org gile.. jiwa aku hampir x bermaya... hidup aku rasa seperti sudah tiada makna.... berhempas pulas aku cuba naikkan kembali semangat aku yg semakin hilang.. 



Rajukku sudah tiada.. Air mataku sudah lama kering.. Aku sudah lama memaafkan kamu.. Tapi untuk melupakan tidak sama sekali.. Sampai bila bila akan ku ingat.. Aku sudah letih untuk merindui kamu..



dalam meniti hari2 ku ini.. sungguh aku katakan.. ak masih lagi teringat akan dirimu... mengimbau kembali kenangan waktu dulu yang amat bahagiakan diriku.. tapi aku sedar... e2 dulu.. yang hanya tinggal sekarang.. hanya aku dan kenangan e2 shj



Kadang kala juga kita punya peluang itu untuk melihat bahagia. Tetapi kerana kita anak taat, kita lupakan bahagia yang hadir di depan mata dan abaikan akan ia kerana kita takut hati manusia yang kita kasihi itu terluka. Jadi kita mula bersyair dalam hati, betapa pada suatu masa dulu kita sebenarnya telah rugi